PENTING!!!!

artikel-artikel yang diletakkan disini merupakan artikel yang dikumpul untuk rujukan bersama...

Thursday, October 28, 2010

WANGIAN MENGODA

Kebiasaan yang menjadi fenomena umum di kalangan wanita pada hari ini keluar rumah dengan menggunakan wangian yang melampau, sehingga menjadikan laki-laki tergoda kerana umpan wangian yang menghampirinya. Rasulullah saw amat keras memperingatkan masalah tersebut. Beliau bersabda :

Perempuan manapun yang menggunakan wangian kemudian melewati suatu kaum agar mereka mencium wanginya maka dia seorang penzina. (Hr Ahmad)

Sebahagian wanita melalaikan dan meremehkan masalah ini, sehingga sembarangan memakai wangian. Tidak mempeduli keadaan di sekelilingnya. Bahkan semua ini adalah untuk menjaga wanita itu sendiri dari diganggu dan sebagainya.

Semua yang dilarang itu ada hikmahnya. Di dalam masalah ini, syariat islam amat menekankan sehingga ada wanita yang hendak keluar ke masjid dengan memakai wangian juga dilarang.

Sabda Nabi saw : Perempuan manapun yang memakai wangian kemudian keluar ke masjid, dengan tujuan agar wangiannya tercium orang lain maka shalatnya tidak diterima sehingga ia mandi sebagaimana mandi jinabah. (Hr Ahmad)

Syariat islam memberikan batasan, wangian yang dibolehkan ialah wangian yang sekadar menghilangkan bau badan dan tidak ke sampai tahap menggoda laki-laki. Sentiasa berjaga-jagalah.

Masyarakat hari ini mereka bermake-up berlebih-lebihan apabila hendak keluar rumah, seperti ke pejabat, pusat membeli-belah, majlis-majlis kenduri dan sebagainya. Bahkan yang dianjur di dalam islam ialah kita bermake-up, memakai wangian untuk suami kita supaya sentiasa nampak lebih cantik & menawan, itulah yang dituntut oleh syara’ supaya rumahtangga sentiasa dalam keaadan bahagia.

Demikian itu, janganlah kita menganggap islam itu menyusahkan kita, bahkan setiap yang dilarang itu ada hikmahnya. Sabarlah dalam menunaikan hakNya, jangan dituruti hawa nafsu.

Sama-sama kita memohon kepada Allah swt ketetapan hati dalam melaksanakan suruhanNya. Sama-samalah kita berusaha untuk memelihara diri dari segala perkara yang dilarangNya, janganlah berputus asa dalam melaksanakan suruhannya. Azab neraka itu sangat pedih, ingatlah nikmat yang dikecapi ini akan luput waktunya, Biarlah susah sedikit keranaNya untuk menghindari kesusahan yang besar disana nanti.

“ Ya Allah, ampunilah aku, belas kasihanilah aku, berilah petunjuk kepadaku, lindungilah dari apa yang tidak kuinginkan dan berilah rezeki kepadaku ”


“ Wahai Tuhanku, tetapkanlah hatiku di jalan agamaMu dan dalam mentaatiMu "


" Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka "

No comments:

Post a Comment



My Fav. Site

Sabda Rasullullah saw :

Sampaikanlah pesanku biarpun sepotong ayat..