PENTING!!!!

artikel-artikel yang diletakkan disini merupakan artikel yang dikumpul untuk rujukan bersama...

Tuesday, October 26, 2010

MEMOHON MAAF & SELESAIKAN TUNTUTAN DUNIA

Pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w sangat uzur menjelang kewafatan, baginda telah berucap dan memohon maaf kepada sahabat sahabat yang berkumpul di dalam masjid.

Sahabat sahabat ramai yang menangis kerana memahami saat perpisahan dengan rasulullah sudah hampir tiba.

Baginda berharap sahabat sahabat dapat memaafkan baginda jika baginda ada melakukan apa jua kesalahan.

Tiba tiba seorang sahabat telah berkata bahawa rasulullah telah melakuan satu kesalahan terhadap dirinya dan ingin menuntut keadilan dari rasulullah.

Beliau mengatakan rasulullah telah memukulnya dengan tongkat di dalam satu peperangan.

Sebenarnya baginda tidak sengaja terpukul sahabat itu yang berada di belakang baginda.

Beliau ingin memukul rasulullah sebagai balasan kesalahan itu.

Ramai sahabat lain marah dengan tindakan sahabat tersebut.

Ramai sahabat merayu agar dia memaafkan rasulullah atau membalas kesalahan itu kepada dirinya mengantikan rasulullah yang sangat uzur.

Rasulullah menyuruh sahabat lain bertenang dan izinkan sahabat tadi menuntut keadilan.

Rasulullah menyuruh diambil tongkat dan diserahkan kepada sahabat tadi.

Setelah mendapat tongkat, sahabat tadi mengatakan bahawa ketika beliau dipukul, beliau tidak memakai baju.

Beliau ingin memukul baginda dalam keadaan tidak memakai baju juga.

Sahabat lain semakin marah dengan tindakan sahabat tadi.

Rasulullah meminta sahabat lain bertenang dan izinkan sahabat tadi menuntut
keadilan.

Sebaik sahaja rasulullah membuka pakaian, sahabat tadi telah mencampakkan tongkat dan terus memeluk dan mencium tubuh rasulullah.

Sahabat tadi mengatakan bahawa beliau bukan ingin memukul rasulullah tetapi cuma ingin melekapkan kulit tubuhnya yang hina dengan kulit tubuh rasulullah yang mulia dengan harapan tubuhnya tidak dibakar api neraka di akhirat nanti.

Rasulullah memberi tauladan agar memohon maaf dan menyelesaikan segala tuntutan di dunia agar mudah di akhirat nanti.

No comments:

Post a Comment



My Fav. Site

Sabda Rasullullah saw :

Sampaikanlah pesanku biarpun sepotong ayat..