Sabda Nabi saw : Setiap mayat akan diekori tiga perkara, dua akan pulang dan hanya satu akan kekal dengannya. Yang akan mengekori mayat ialah keluarga, harta dan amalannya. Kaum keluarga dan harta akan pulang dan yang kekal ialah amalannya. (Hr Muslim)
Setiap kita tidak mengetahui bila Malaikat Izrail akan datang untuk mencabut dan menjemput kita kealam kubur. Kemudian akan disambut dan disoal oleh Malaikat Mungkar & Nakir. Segalanya telah tertulis disisi Allah swt akan waktu tersebut.
Hari ini kita masih lagi sempat memperbaiki, meningkatkan segala amalan dan tahap keimanan, keislaman dan keihsanan kita. Kita tidak mengetahui bagaimana keadaan saudara kita sekarang yang sedang disoal Mungkar & Nakir. Ada yang selamat dan ada yang tidak selamat, mengikut amal masing-masing didunia dahulu. Diantara Azab atau Nikmat.
Sama-sama kita perbanyakkan bekalan untuk mengadapNya. Anggaplah segala keperitan, keletihan, kesusahan dan kesulitan yang dihadapi dalam menunaikan hakNya & menjauhi laranganNya ini sebagai penyelamat dari azab siksaanNya.
Sabarlah dalam menunaikan hakNya.
Firman Allah swt : Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). (A-li 'Imraan 200)
Sabarlah diatas ujianNya.
Firman Allah swt : Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan. (Hud 115)
Sama-sama kita memperbanyakkan istighfar padaNya. Nabi saw yang maksum pun sentiasa beristighfar memohon ampun pada Allah swt lebih 70 kali dalam sehari, apatah lagi kita yang hina ini. Sama-sama kita fikirkan.
Sama-sama kita bermuhasabah. Adakah segala nikmat akal, kesihatan, pendengaran, penglihatan, rezeki, keluarga, serta nikmat-nikmat lainnya disaksikan sama halal haramnya, dimanfaatkan sebaiknya, atau digunakan pada jalan yang dimurkaiNya.
Teman-tamanku sekalian. Ujian hidup ini sentiasa datang, tak dapat tidak kena tempuhinya jua. Masuk Syurga itu bukan percuma, mestilah melalui pelbagai bentuk ujianNya. Sentiasalah memohon padaNya agar diberi kekuatan. Mintalah ampun padanya segala keterlanjuran sebelum terlambat, agar tidak menyesal kelak. Hidup ini tidak pernah henti berputar. Waktu terus berjalan dan kita tidak dapat menghentikannya. Umur kita terus meningkat dan kita tidak dapat lagi mengundurnya. Jangan ditangguhi untuk balik bertaubat padaNya.
Renungilah ungkapan Abdullah bin Umar ra yang bermaksud : Beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari.
No comments:
Post a Comment