"Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah!" Demikian bunyi ungkapan yang dapat didengar dalam sesetengah bangsawan atau drama Melayu. Raja yang zalim itu diertikan sebagai seorang yang tidak berperikemanusiaan, tidak adil, aniaya, bengis atau kejam. Namun, dalam perbendaharaan kata Allah perkataan zalim mempunyai pengertian yang lebih luas kerana termasuk segala sikap dan perbuatan yang melanggar sunnah atau peraturan-Nya.
Sebagai contoh, orang-orang yang dikatakan Allah sebagai zalim adalah mereka yang:
tidak percaya (nafkah) - 2:254, 2:270 (dan nazar)
Senarai orang-orang yang disifatkan zalim dipanjangkan lagi dengan mereka yang:
menyeru selain daripada Allah - 10:106
Selain atas kemahuan diri sendiri, manusia juga boleh menjadi zalim kerana menuruti seruan syaitan. Syaitan adalah daripada jenis jin dan manusia (6:112). Orang-orang yang menjadi mangsa syaitan adalah yang:
menuruti syaitan yang mengajak supaya tidak percaya - 59:17
Dan Iblis. Dia telah berjaya menghasut Adam dan isteri untuk mengingkari larangan Allah ke atas sepohon pokok. Lalu mereka berdua menjadi orang-orang yang zalim (2:35, 7:19). Sesungguhnya orang-orang yang mengambil Iblis dan keturunannya untuk menjadi wali-wali (sahabat-sahabat), selain daripada Allah, adalah zalim (18:50).
Turut tergolong dalam kawah zalim ialah Firaun berserta keluarga dan tenteranya (8:54, 28:40) dan kaum Nabi Musa yang mengambil Anak Lembu sebagai sembahan sejurus selepas baginda meninggalkan mereka untuk "bertemu" dengan Allah (2:51, 2:92, 7:148).
Tidak terlepas daripada menjadi zalim adalah segolongan manusia yang bersama para rasul, kerana mereka:
tidak percaya kepada rasul-rasul mereka dan ingin mengusirnya - 14:13
Nabi Muhammad juga turut menjadi seorang yang zalim sekiranya dia berkata seperti yang diriwayatkan Allah di dalam ayat berikut:
"Aku (Muhammad) tidak berkata kepada kamu, 'Aku mempunyai perbendaharaan Allah'; aku tidak mengetahui yang ghaib, dan aku tidak berkata, 'Aku seorang malaikat.' Tidak juga aku berkata kepada orang-orang yang mata-mata kamu mengeji, 'Allah tidak akan memberi mereka sebarang kebaikan'; Allah sangat mengetahui apa yang di dalam diri-diri mereka. Sesungguhnya aku, jika begitu, tentulah termasuk orang-orang yang zalim." (11:31)
Demikianlah disenaraikan sifat-sifat manusia yang dikategorikan sebagai zalim oleh Allah.
Amalan yang zalim tidak wajar dicampuradukkan dengan iman yang sebenar. Kerana orang-orang yang mengamalnya tidak akan mendapat petunjuk yang benar.
Firman Allah:
"Orang-orang yang percaya, dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman; bagi merekalah keamanan, dan merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk yang benar." (6:82).
Orang-orang yang zalim harus bertaubat. Nasihat Allah berbunyi:
"Sesiapa bertaubat sesudah kezalimannya, dan dia membetulkan, Allah akan menerima taubatnya; sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih." (5:39).
Andaikata mereka tidak bertaubat, maka ...
"tempat menginap mereka ialah Api; buruknya tempat tinggal orang-orang yang zalim! (3:151).
"Sesungguhnya Kami menyediakan bagi orang-orang yang zalim, api, yang gejolaknya meliputi mereka; jika mereka meminta pertolongan, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti leburan tembaga merah, yang melecurkan muka-muka mereka - betapa buruknya minuman, dan betapa buruknya tempat istirahat!" (18:29).
Dan mereka kekal dalam azab itu di akhirat (42:45).
No comments:
Post a Comment