PENTING!!!!

artikel-artikel yang diletakkan disini merupakan artikel yang dikumpul untuk rujukan bersama...

Wednesday, November 3, 2010

KITA YANG SEMAKIN ANGKUH

Burj Dubai

Sejak dulu, manusia memang mempunyai kecenderungan berlumba-lumba untuk membuat bangunan-bangunan megah dan tinggi. Selain berfungsi sebagai pusat perniagaan, monumen dan lain-lain, tentu sahaja manusia membangunkannya sebagai lambang prestij.

Masih ingatkah lagi kisah kaum ‘Aad (kaum Nabi Hud) yang terkenal mahir membuat bangunan megah dan menara-menara batu yang tinggi dengan memahat bukit-bukit batu sebagai tempat kediaman mereka? Kita tentu juga masih ingat dengan Piramid sebagai bangunan legenda dan simbol kemegahan tamadun Mesir Purba. Dalam sejarah kenabian Musa, Firaun juga pernah mengarahkan perdana menterinya, Haman untuk membuat bangunan super-tinggi hanya untuk boleh melihat Tuhan yang diagung-agungkan Nabi Musa, tetapi bangunan itu runtuh sebelum siap dibina.

piramid

Firaun sehingga mengaku sebagai Tuhan dengan tamadun Mesir Purba yang hebat masa itu, dengan bangunan Piramid dan Sphinxnya yang terkenal hingga di zaman moden ini.

Masa kini, beberapa bangunan dan menara yang kerap menimbulkan rasa kagum bagi kita yang menyaksikannya dan berlumba-lumba mencatat nama dalam Guinness Book of Record. Beberapa negara seolah-olah berlumba-lumba untuk menonjolkan siapa yang paling hebat dalam membuat bangunan super-tinggi.

Sekarang sudah tercatat 10 bangunan tertinggi di dunia yang kita ketahui seperti (mengikut susunan tingginya): Taipei 101 Building di Taiwan (509 meter), Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur Malaysia (452 meter), Menara Sears di Chicago, Amerika Syarikat (442 meter), Menara Jin Mao, Shanghai, China (421 meter), Two International Finance Center, Hongkong (415 meter), CITIC Plaza, Guangzhou China (391 meter), Shun Hing Square, Shenzhen, China (384 meter),Empire State Building, New York, AS (381 meter), dan terakhir Central Plaza, Hong Kong (374 meter).

Sekarang beberapa negara mula merancang bahkan sedang membuat bangunan yang jauh lebih tinggi melampaui Taipei 101 Building. UAE sudah merintisnya. Di Dubai, bandar pelancongan yang paling mewah di Timur Tengah itu kini sedang dibina menara yang setinggi 800 meter iaitu “Burj Dubai”, bangunan ini berfungsi sebagai salah satu tarikan pelancongan di negara tandus itu.

Yang lain, walau masih dalam perancangan, Kuwait, merancang akan membina Menara Al-Mubarak setinggi 1001 meter (1 kilo meter lebih!). China pun tak mau kalah, sebagai pemegang rekod pambuat bangunan-bangunan tinggi, di Shanghai akan dibina menara setinggi 1228 meter yang – mungkin – kelak akan diberi nama “Shanghai Tower”.

Dubai, masih tidak mahu kalah, negeri tandus yang digelar syurga dunia itu,walaupun belum selesai membina Burj Dubai, sedang merancang pembangunan gedung setinggi 2,5 kilometer: Dubai Vertical City, yang kelak menjadi ikon baru di bandar Dubai.

Idea yang lebih gila lagi, entah logik atau tidak, Jepun sedang merancang projek pembangunan gedung mega raksasa yang disebut “X-Seed 4000″ dengan ketinggian 4000 meter (4 kilometer, bro!!). Melebihi ketinggian Gunung Fuji!

Manusia memang makhluk angkuh! Mungkin anda bersependapat dengan saya. Pembangunan menara-menara tinggi ini seolah ‘mengejek’. Meninggalkan seribu masalah yangharus menjadi tanggungjawab manusia itu sendiri, seperti masalah kemiskinan, bencana alam, jurang sosial, peperangan, penjajahan, dan lain-lain.

Dari satu sudut, manusia memang makhluk bijak yang dianugerahkan Allah dengan akal dan ilmu. Ternyata cara pembangunan Piramid Mesir masih menjadi misteri yang bahkan saintis sendiri belum mampu memecahkannya, sehingga ada yang berpendapat kalau Piramid itu bukan dibuat oleh manusia, melainkan Jin atau Alien yang membinanya, ini membuktikan di balik misteri itulah disimpan kecerdasan luar biasa manusia yang masih belum terungkap sepenuhnya termasuk dalam membuat bangunan walaupun kecanggihan teknologi masa kini.

Kita amat mengelakkan , kepintaran manusia di bidang arkitek, kelak tidak akan menyeret kita ke dalam arus pembinasaan ala Kaum ‘Aad atau Fir’aun.

Bahkan di Tanah Suci pun manusia sudah berani membuat bangunan tinggi yang berdiri melangit iaitu pembangunan mall terbesar di Arab Saudi, tepatnya di kota suci Makkah, Abraj al-Bait, yang berdiri megah dengan menara jam tertinggi di dunia seolah-olah hendak menerkam menara-menara tua Masjidil Haram dan memperlihatkan betapa ‘rendah’nya Kaabah, bangunan yang paling dianggap suci oleh umat Muslim sedunia.

kaabah

Tentu kita tidak mahu Allah mengulangi bencana badai gurun mengerikan yang menggulung Kaum ‘Aad hingga menjadikan mereka mayat-mayat bergelimpangan, atau menenggelamkan kita dalam ombak Laut Merah yang pernah melahap Firaun dan tenteranya itu?

Posted @ www.isuhangat.net . Wallahualam.

No comments:

Post a Comment



My Fav. Site

Sabda Rasullullah saw :

Sampaikanlah pesanku biarpun sepotong ayat..