PENTING!!!!

artikel-artikel yang diletakkan disini merupakan artikel yang dikumpul untuk rujukan bersama...

Tuesday, October 26, 2010

LELAKI DAYUS

Nabi Muhammad SAW bersabda: Terdapat 3 golongan manusia yang diharamkan oleh Allah untuk mencium bau syurga:

1. Orang yang (mengekalkan) minum arak.

2. Orang yang derhaka pada ibu bapa

3. Orang dayus yang membiarkan isterinya membuat zina, sedangkan dia tahu mengenainya.

Dalam entry kali ni, Ron nak jelaskan sedikit mengenai point yang ketiga, iaitu lelaki yang dayus! Penjelasan ini adalah berdasarkan satu ceramah daripada ustaz Kazim Elias dan Ron ingin berkongsi dengan semua orang (terutamanya lelaki) betapa pentingnya untuk kita faham konsep dayus.

  • Jika kita berzina dengan isteri orang, sedangkan suaminya tidak tahu mengenainya, maka dosa si suami tu kita yang tanggung, manakala pahala amalan2 yang kita dah buat bertukar kepada dia. Dengan kata lain, kita ambil dosa dia, manakala pahala kita dia ambil.
    .
  • Manakala bagi si isteri pula jika berzina dengan lelaki lain, maka seluruh azab manusia dalam kubur dihimpun dan akan kena pada kita dalam kubur kelak.
    .
  • Definisi dayus menurut ulama’ adalah orang yang tiada menegah akan manusia lain daripada masuk atas isterinya. Makna ‘masuk’ di sini termasuklah nak pegang isteri dia, nak peluk isteri dia, nak berlakon dengan isteri dia dan sebagainya, dia tak kisah.
    .
  • Dengan kata lain suami pada pelakon adalah dayus dan tidak akan cium bau syurga. Sebab tu jangan kahwin dengan artis.
    .
  • Jangan biarkan isteri kita bersalaman tak tentu hala. Terutama sekali pada hari raya, kita biarkan saja isteri kita bersalaman dengan pak sedara kita. Tak boleh kerana pak sedara kita halal nikah dengan isteri kita. Kenapa kita biarkan isteri kita buka tudung depan pak sedara kita?
    .
  • Bagi sesetengah ulama’ lain pula, makna dayus ialah orang yang membeli ia akan jariah, yakni hamba perempuan yang bernyanyi-nyanyi ia bagi segala manusia. Dengan kata lain, mana-mana isteri yang jadi penyanyi dan bernyanyi di khalayak ramai, suaminya adalah dayus. Sama juga dengan kes suami pelakon tadi. Minta maaf pada suami2 artis, anda kena suruh isteri anda berhenti menjadi artis jika hendak cium bau syurga. Melainkan isteri kita menyanyi hanya untuk didengari oleh kaum perempuan saja, termasuklah technician, tukang lampu dan sebagainya yang berada di situ semuanya perempuan. Amacam? Ada harapan nak jadi penyanyi camtu? Berhenti jelah senang..
    .
  • Sesetengah orang paham, dayus tu maknanya tak mampu tidur dengan isteri. Tu bukan dayus, tu LEMAH namanya. Dayus tu maknanya kita biarkan isteri kita buat jahat dengan laki lain.
    .
  • Suami wajib temankan isterinya jika si isteri hendak keluar dengan lelaki yang bukan mahram. Ini termasuklah adik angkat, instuctor dan sebagainya.
    .
  • Bagaimana pula jika si isteri sudah berbuat jahat dengan lelaki lain, dapat tahu pada si suami, tetapi si suami mengampunkan pula isterinya setelah isterinya menyesal dengan perbuatannya..adakah si suami itu dikira sebagai dayus kerana mengampunkan isterinya?? Tidak..itu tak dikira dayus, malah itu yang sebaiknya..si suami kena menasihati isteri supaya tidak mengulanginya..yang dikira dayus adalah suami yang membiarkan sahaja isterinya berbuat jahat walaupun dia tahu..

No comments:

Post a Comment



My Fav. Site

Sabda Rasullullah saw :

Sampaikanlah pesanku biarpun sepotong ayat..