PENTING!!!!

artikel-artikel yang diletakkan disini merupakan artikel yang dikumpul untuk rujukan bersama...

Tuesday, October 26, 2010

PERINGATKAN DIRI TENTANG SYURGA

Apabila Anda lapar dinegeri ini, atau fakir, sedih, sakit, terampas hakmu, atau merasakan kezaliman, maka ingatkan diri Anda akan kenikmatan, kesukaan, kesenangan, kebahagian dan keabdian di Syurga penuh kenikmatan.

Apabila Anda meyakini Aqidah ini dan berbuat untuk tujuan ini, maka berbagai kerugianmu akan berubah menjadi keuntungan, dan berbagai musibahmu menjadi anugerah.

Orang yang paling cerdas adalah orang yang beramal untuk akhirat. Sedangkan orang yang paling bodoh adalah orang yang melihat bahawa dunia ini adalah negeri, tempat menetap, dan puncak tujuan mereka.

Kerana itu Anda mendapati mereka orang yang paling takut menghadapi musibah, dan paling besar penyesalannya terhadap berbagai bencana, kerana mereka tidak melihat selain kehidupan mereka yang hina.

Mereka tidak melihat selain dunia yang fana ini.
Mereka tidak berfikir selainnya dan tidak berbuat untuk selainnya.
Mereka tidak ingin kesenangan dan kebahagiaan mereka terganggu.

Seandainya mereka membersihkan karat yang menutupi hati mereka, dan tabir kebodohan yang menutupi mata mereka, nescaya mereka menyeru jiwa mereka untuk menggapai negeri keabdian, kenikmatannya, rumah-rumahnya dan istana-istananya. Dan pasti mereka mendengar perintah wahyu yang menggambarkan syurga. Demi Allah, itulah negeri yang berhak diperhatikan dan diperjuangkan.

Apakah kita pernah merenung lama tentang gambaran penghuni syurga bahawa mereka tidak sakit, tidak sedih, tidak mati, tidak hilang masa muda mereka, tidak usang pakaian mereka, di bilik-bilik yang bahagian luarnya tampak dari dalam dan bahagian dalamnya tampak dari luar ? Di dalam syurga terdapat apa yang tidak pernah terlihat mata, tidak pernah terdengar telinga, dan tidak terdetik di hati manusia. Seorang pengembara berjalan di naungan salah satu pohonya selama seratus tahun tanpa boleh mencapai hujunnya.

Panjang tenda di dalam syurga enam puluh mil. Sungai-sungainya tidak berhenti mengalir, istana-istananya menjulang tinggi, buah-buahnya sangat dekat, mata airnya memancar, tempat tidurnya ditinggikan, cawan-cawanya diletakkan sangat dekat, bantal-bantal sandaranya tersusun rapi, bidadari-bidadari yang bebas dari haidh, nifas dan sebagainya, dan permaidani-permadaninya terhampar. Lengkap kesenangannya, dan sangat besar kebahagiaannya. Itulah puncak tujuan.

Mengapa akal kita tidak berfikir dan mengapa kita tidak merenung ??

Apabila tujuan akhirnya adalah negeri ini, maka hendaklah segala musibah yang menimpa menjadi ringan, dan hati orang yang susah menjadi senang.

Wahai orang yang dirundang kefakiran, dan yang ditimpa musibah, lakukanlah amal salih agar kalian menghuni Syurga Allah swt dan berada disisinya.

Firman Allah swt :

سَلاَمٌ عَلَيْكُمْ بِمَا صَبَرْتُمْ فَنِعْمَ عُقْبَى الدَّارِ

( Sambil mengucapkan ) : "Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, ( keselamatan menyertai berkat kesabaranmu ) disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya tempat kesudahan itu. (Ar-R'ad 24)

Dr Aidh Al-Qarni - La Tahzan.

*SOURCE:- sawadhanas*

No comments:

Post a Comment



My Fav. Site

Sabda Rasullullah saw :

Sampaikanlah pesanku biarpun sepotong ayat..