Allah Taala berfirman:
“Janganlah sesetengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang mati?, maka tentulah kamu membencinya.” -surah AlHujurat ayat 12.

Nabi Muhammad saw bersabda:
“Pada malam aku di isra’kan ke Baitul Maqdis iaitu malam Mi’raj, aku menemui suatu kaum yang mencakar wajah mereka hingga luka-luka. Akupun berkata: Wahai Jibril, siapakah mereka itu? Jibril menjawab: mereka itulah orang-orang yang mengumpat manusia dan menjatuhkan maruahnya”.

Imam Ghazali Rahimahullahu taala berkata:
"Had perbuatan mengumpat ialah anda menyebutkan mengenai seorang manusia perkara yang tidak di sukainya apabila sampai kepada pengetahuannya, sama ada menyebutkan tentang kekurangan tubuh badannya atau nasab keturunannya atau akhlaknya atau perbuatannya atau kata-katanya atau agamanya atau dunianya sehinggalah tentang pakaiannya, rumahnya dan binatangnya.”

Ketahuilah bahawa segala perbuatan mengumpat itu adalah haram dan tidak di haruskan oleh syarak’ kecuali dalam 6 perkara:
1. AT THAZOLLUMU - Iaitu mengadu kejahatan orang yang zalim kepada kadhi supaya dikenakan hukuman atau mengadukan kejahatan kadhi yang zalim kepada sultan supaya dihukumnya.
2. AL ISTINGANATU ALA RADDIL MUNKARI WA RADDIL MANGASI ILA SOLAHI - Ertinya harus diberita tentang kejahatan seseorang kepada pembesar atau raja dengan tujuan meminta pertolongan untuk menolak kemungkaran orang itu atau supaya mengembalikan orang yang bermaksiat itu ke arah melakukan kebajikan.
3. AL ISTIFTAU’- Iaitu harus diberitahukan mengenai kejahatan seseorang kepada pihak mufti bagi mendapatkan fatwa daripadanya.
4. TAKHZIRUL MUSLIMINA MINAS SYARRI - Iaitu harus di beritahukan kejahatan orang supaya kaum muslimin berhati-hati terhadap kejahatan itu.
5. Harus disebutkan kecacatan orang yang tidak akan diketahui melainkan disebutkan kecacatannya seperti si polan yang buta dan sebagainya.
6. Harus disebutkan keburukan seseorang yang terkenal dengan kefasikannya seperti orang yang terkenal dengan berzina atau liwat atau peminum arak dan sebagainya.
Hasan Al Basri rahimahullahu taala berkata: “tiga orang yang tidak haram diumpat;
1. orang yang bid’ah (mempermainkan agama)
2. orang fasik yang memperlihatkan maksiatnya.
3. Imam atau pemimpin yang zalim, iaitu tidak haram disebutkan kerja-kerjanya yang menganiayai orang.”

Saiidi Ali Al-Khawwash Rahimahullahu taala berkata:
“Di antara perkara yang menyekat seseorang murid meningkat ke martabat yang tinggi ialah perbuatannya mengumpat salah seorang kaum muslimin. Barangsiapa yang ditimpa bencana terjatuh ke dalam jurang kesalahan tersebut hendaklah ia membaca surah Al Fatihah dan surah Al Ikhlas, dan dihadiahkan pahalanya kepada orang yang diumpat itu.

Sesungguhnya aku telah melihat Rasulullah saw di dalam mimpi dan baginda memberitahuku mengenainya serta bersabda:
“Dosa mengumpat dan pahala yang dihadiahkan kepada orang yang diumpat itu berdiri di depan hadrat Allah Azzajawalla pada hari kiamat, dan kami harap itu menghapuskan dosa mengumpat itu.”

Imam Ghazali Rahimahullahi taala berkata:
“Yang lebih aula bagi orang yang di umpat itu ialah meminta dihalalkan dosanya daripada orang yang diumpat itu dengan memperlihatkan penyesalannya.”

No comments:
Post a Comment