PENTING!!!!

artikel-artikel yang diletakkan disini merupakan artikel yang dikumpul untuk rujukan bersama...

Monday, November 1, 2010

KEMATIAN


Apabila bercerailah nyawa dari badan maka terdengarlah seruan dari langit 3 kali:
  • Hai anak Adam, adakah engkau tinggal dunia atau dunia tinggalkan engkau?
  • Hai anak Adam, adakah engkau himpun dunia atau dunia himpunkan engkau?
  • Hai anak Adam, adakah engkau bunuh dunia atau dunia bunuhkan engkau?

Apabila dihantar ke tempat mandi berserulah suara dari langit 3 kali:
  • Hai anak Adam, di manakah badan engkau yang kuat, mengapa jadi lemah?
  • Hai anak Adam, di manakah lidah engkau yang petah bercakap, mengapa diam?
  • hai anak adam di manakah kekasih engkau, mengapakah jadi mulia rakan engkau?

Apabila dibawa ke atas kain kapan maka menerjah suara dari langit 3 kali:
  • Hai anak Adam, engkau berjalan kepada perjalanan yang jauh dengan tidak berbekal.
  • Hai anak Adam, engkau keluar dari rumah, tiada akan engkau kembali selama-lamanya.
  • Hai anak Adam, engkau tinggal segala kenderaan, maka tiada engkau kenderaan selama-lamanya. Dan engkau berpindah kepada negeri yang huru hara.

Apabila mayat dibawa di atas keranda, maka menyerulah suara dari langit 3 kali:
  • Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika kamu menjadi seorang yang bertaubat.
  • Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika amal mu baik.
  • Hai anak Adam amat beruntuglah (bahagialah) kamu jika sahabat mu dalam keredaan Allah – dan amat rugilah (celakalah) kamu jika sahabat mu orang yang dimurkai Allah.

Apabila mayat diletakkan untuk disembahyangkan maka menyerulah suara dari langit 3 kali:
  • Wahai anak Adam segala amal mu yang telah kamu lakukan akan kamu lihat.
  • Wahai anak Adam, jika amal mu itu baik kamu akan lihat baik.
  • Wahai anak Adam, jika amal mu itu buruk maka kamu kan lihat buruk.

Imam Annas bin Malik Radziyallah Anhu berkata, bahawa bumi setiap hari berkata:
  • Wahai anak Adam, kamu berjalan di atas ku, kamu akan kembali ke dalam perut ku (kubur).
  • Hai anak Adam, kamu berbuat maksiat dan dosa di atas ku, dan kamu akan disiksa di dalam perut ku (kubur).
  • Kamu bergurau di atas ku, dan kamu akan menangis di dalam perut ku (kubur).


Wallahualam

No comments:

Post a Comment



My Fav. Site

Sabda Rasullullah saw :

Sampaikanlah pesanku biarpun sepotong ayat..