PENTING!!!!

artikel-artikel yang diletakkan disini merupakan artikel yang dikumpul untuk rujukan bersama...

Tuesday, November 30, 2010

NAFSU YANG DEGIL PADA PERINTAH

Dalam sebuah kitab karangan’Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi,seorang ulama yang hidup dalam abad keXll hijrah,menerankan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal ,maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud:

“wahai akal menghadaplah engkau.”

maka akal pun menghadap kehadapan AllahS.W.T kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“wahai akal! Siapakah aku?”

Lalu akal pun berkata , “Engkau adalah tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hambamu yang daif dan lemah.”

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
Wahai akal tidak ku ciptakan mahluk yang lebih mulai daripada engkau.

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud:
“wahai nafsu,menghadaplah kamu”

Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri.kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud:
“siapakah engkau dan siapakah Aku”

Lalu nafsu berkata,

“aku adalah aku,engkau adalah engkau”

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun .kemudian engeluarkannya.
Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

“siapakah engkau dan siapakah Aku”

Lalu nafsu berkata :

“aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau”

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka juu’ selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

“siapakah engkau dan siapakah Aku”

Akhitnya nafsu mengakui dengan berkata,
“aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku”

Dalam kitab tersebut juga diterankan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa. Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu,jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.


Azab bagi yang melengahkan solat

Orang yang yang suka solat pada akhir waktu menunjukkan seolah ia tidak bersungguh dalam menunaikan perintahNya.banyak keburukan yang akan menimpanya antaranya:

:-ancaman neraka, Sabda Rasulullah SAW bermaksud” seseorang yang melengahkan solat(w/pun ia mengqadanya kelak ) akan dimasukkan kedalam neraka selama 1 uqub (80 tahun akhirat)

:-mendapat kepapaan diakhirat

:-Allah tidak peduli padanya,bahkan untuknya adalah azab yang pedih

:-mendapat seksaan yang istimewa.

No comments:

Post a Comment



My Fav. Site

Sabda Rasullullah saw :

Sampaikanlah pesanku biarpun sepotong ayat..