PENTING!!!!

artikel-artikel yang diletakkan disini merupakan artikel yang dikumpul untuk rujukan bersama...

Wednesday, January 19, 2011

40 NASIHAT SAIDINA ALI R.A

Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali sebagaimana yang terdapat idalam kitab Nahjul Balagh dan Al-Bayan Wattabyeen r.a.


1.Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.


2.Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.


3.Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah sekeping daging.


4.Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.


5.Jagailah ibubapa kamu,nescaya anak-anakmu akan menjagai kamu.


6.Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah.


7.Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang terpencil dari seorang yang bakhil.


8.Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan.


9.Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai ,sedangkan ilmu menjaga kamu.


10.Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan sembahyang.


11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.


12.Mengajar adalah belajar.


13.Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin.


14.Insan terbahagi kepada 3 :

1.mereka yang mengenal Allah.

2.mereka yang mencari kebenaran.

3.mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan tak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing.


15.Insan tak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah.


16.Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah.


17.Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat dari mencari kesilapan orang lain.


18.Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.


19.Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun bila ia mati.


20.Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al-Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia kebenaran itu.


21.Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batas.


22.Sifat seseorang tersembunyi disebalik lidahnya.


23.Seorang yang membantu adalah sayapnya seorang yang meminta.


24.Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya.


25.Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya.


26.Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat


27.Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.


28.Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba.


29.Orang yang dengki marah kepada orang tidak berdosa.


30.Putus harapan adalah satu kebebasan , mengharap (kepada manusia) adalahsuatu kehambaan.


31.Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan.


32.Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang dilihat.


33.Taat kepada perempuan(selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar.


34.Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan.


35.Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah.


36.Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang dikatakannya.


37.Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura2.


38.Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.


39.Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya.


40.Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.


PERSANDINGAN



1. Definasi persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas pelamin dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua juru kipas dan dituntun oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.


2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk dituntun, menjadi kenangan bersejarah, mera'ikan peluang se umur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.


3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu.


Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulin. Ini kerana istilah Raja Sehari itu seperti adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)


Kedua: Persandingan adalah adat yang diimpot dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh, Tata Rakyat (Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.


4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:

a). Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.

b). Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.


Hukum Islam terhadap Persandingan:

1. Menabur Beras Kunyit. Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau ruh-ruh jahat, maka ia adalah syirik. Ia bercanggah dengan surah alFatihah: ayat 5, dan Yunus: 107


2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu dari ruh-ruh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.


3. Berandam. Perbuatan andaman yang berbentuk `litadlis' mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh alHadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah Melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tatoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.


4. Berhias untuk dipamirkan (tabaruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamirkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah," janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliyah dahulu." alAhzab: 33.


5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran. Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."Islam mencela amalan boros: "janganlah kamu membazirsecara melampau." maksud al_Isra': 26


6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian. Ini berlawanan dengan ruh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." 2: 286


7. Maskahwin dan Hantaran yang Mahal Inilah bukanlah sunnah Rasul saw: "wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, alHakim dan Baihaqi)


Demi mera'ikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:

1. Jika ia disandingkan secara tertutup (dihadapan muhrim atau keluarga terdekat) dankanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.


2.Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yangbiasa dilihat.


Rujukan: 1. Prof Muhammad alGhazali, laisa minal Islam 2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha 3. Prof Qardhawi, Fatawa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam 4. Ustazah Fatimah Ali, UM, Kajian Persandingan di Malaysia


Rasulullah saw bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga." (Sahih Muslim)

My Fav. Site

Sabda Rasullullah saw :

Sampaikanlah pesanku biarpun sepotong ayat..